Friday, July 2, 2010

Berita Baik Untuk Kaum Lelaki


Harga : RM 79 (60 tabs)


Harga : RM 79 (60 tabs)

Tuesday, May 11, 2010

LELAKI & KETIDAKSUBURAN



Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.
Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi

Bagaimana diagnosa dibuat?

Mereka yang didiagnosakan mengalami ‘male infertiliti’ doktor selalu akan membuat pertanyaan berhubung dengan sejarah perubatan yang mungkin ada kaitan ketidaksuburan ini.
Ujian-ujian yang mungkin dilakukan termasuklah:
  • Ujian analisa air mani
  • Ujian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon
  • Kultur cecar dari penis untuk melihat sebarang unsure infeksi
Analisa air mani

Analisa air mani adalah satu ujian yang sangat mudah dan dibuat untuk memastikan keadaan sperma. Untuk membuat analisa ini, sampel yang baru, kurang dari setengah jam selepas ejakulasi akan diuji dan dianalisa di makmal. Mereka yang tidak selesa untuk membuat koleksi di klinik boleh memilih untuk menjalani koleksi tersebut dirumah, dengan syarat, rumah mereka dekat dengan klinik tersebut.
Untuk mempastikan yang sampel tersebut optimal untuk ujian yang tepat, pasangan perlu:
  • Menghindari dari seks selama 3-5 hari jangan kurang atau lebih dari itu.
  • Gunakan alat kontainer yang bersih
  • Jangan biarkan ia bocor atau melimpah
  • Jangan gunakan alat pelincir yang boleh membunuh sperma
  • Simpan pada suhu bilik
Kaedah dan analisa

Apabila sampel sampai ke makmal, ia akan di analisa untuk beberapa faktor:
  • Jumlah air mani: Jumlah Air mani yang normal adalah dalam lingkungan 2-6ml dan sekiranya ia tidak normal samada terlalu sedikit atau terlalu banyak, berkemungkinan ada masalah dengan kelenjar vesicle atau prostat. Terlalu sedikit akan menyebabkan sperma sukar untuk memasuki rahim, terlalu banyak pula akan menyebab ia menjadi cair dan mengurangkan kepekatan sperma.
  • Kelikatan: Ini merujuk kepada kebolehan Air Mani untuk kembali dalam bentuk cecair sebaik sahaja ovulasi. Sekiranya air mani tidak cair atau menjadi terlalu pekat, kemungkinan terdapat jangkitan kuman pada kelenjar vesicle dan prostat.
  • PH yang seimbang : Air Mani seharusnya mempunyai pH beralkali untuk memastikan sperma dilindungi semasa melalui ruang faraj yang berasid. Sekiranya Air mani didapati lebih berasid, kemungkinan kelenjar vesicle menghadapi masalah
  • Frukrose: ia adalah komponen penting Air mani kerana ia memberikan tenaga kepada sperma. Ketiadaan unsure ini menunjukkan yang terdapat sumbatan disepanjang salur peranakan lelaki.
Analisa sperma
Semasa pemeriksaan, sperma akan dianalisa tentang jumlah, pergerakkan, bentuk dan kehadiran klumping.
  • Bilangan sperma: Jumlah bilangan sperma yang ada dalam air mani sangat penting kerana sekiranya ia terlalu sedikit, akan member kesukaran untuk hamil. Seorang lelaki dikatakan mempunyai sperma yang sedikit sekiranya dia mempunyai jumlah bilangan sperma yang kurang dari 20 juta/ml. Sekiranya ia jatuh dibawah 10juta/ml dia dikatakan mempunyai sperma yang sangat kurang. Lelaki yang tidak mempunyai sperma langsung dikatakan mempunyai Azoospermia.
  • Pergerakan sperma : Ujian ini akan menilai berapa baik sperma anda berenang. Lebih kuat ia berenang lebih baik peluang untuk sperma sampai ke rahim dan ke salur fallopio. Sperma dinilai dengan mengunakan sistem 4 tahap:
    • Grade 4: sperma mempunayi pergerakkan yang progressif bermakna ia kuat dan bergerak pantas ke depan dengan lurus
    • Grade 3: Sperma bergerak ke depan tetapi berenang dalam keadaan benkang- bengkok.
    • Grade 2 : Sperma bergerak dengan lembab dan tidak progresif kerana hanya ekornya sahaja yang bergerak.
    • Grade 1 : Sperma tidak bergerak langsung.
Sperma yang bagus sepatutnya mempunyai kualiti grade 3 dan 4 Ideal sperm kerana cuma sperma yang aktif sahaja yang akan bersenyawa dengan telur.
  • Bentuk sperma: sperma yang bermutu bukan saja cergas malahan mempunyai bentuk yang normal. Secara ideal, kepala sperma yang normal berbentuk bujur dan bersambung dengan ekor yang panjang dan lurus. Sekirayan bentuk kepala tidak normal amat sukar untuk sperma bersenyawa dengan telur.
  • Clumping: sekiranya sperma melekat-lekat sesame sendiri agak sukar bagi mereka bergerak dengan baik.
  • Sel darah putih: kehadiran sel darah putih yang sedikit selalunya normal, tetapi jika terlalu banyak, ia mungkin menunjukkan tanda jangkitan kuman.

Rawatan

Bergantung kepada sebab sebenar ketidaksuburan pada lelaki, terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh disarankan :

Rawatan dengan ubat
Setakat ini rawatan ubat tidak memberikan hasil yang memuaskan.

Intrauterine Insemination(IUI)

IUI adalah prosedur dimana air mani diproses untuk mendapatkan kepekatan sperma yang tinggi dan dimasukkan kedalam rahim melalui cerviks semasa ovulasi berlaku. Dalam masa yang sama, wanita diberikan ubat untuk member stimulasi kepada ovari supaya membuat telur lebih dari satu supaya peluang persenyawaan menjadi tinggi. Bagi lelaki yang mempunyai masalah kesuburan, kadar kejayaan adalah dalam lingkungan 7-8% berbanding dengan 2-3% tanpa rawatan langsung.

Intracytoplasmic Insemination(ICSI)

ICSI adalah satu prosedur tabung uji dimana satu sperma akan disuntik terus kedalam telur untuk mensenyawakannya. Ia sesuai kepada mereka yang mempunyai sperma yang sangat kurang. Bagi mereka yang tiada sperma langsung, doktor akan mengambil sedikit tisu dari testis untuk mendapatkan sperma. ICSI adalah sangat mahal dan mempunyai kadar kejayaan 15-20% sahaja.

Saturday, March 20, 2010

Masalah Kencing Tak Lawas


SAYA berusia 53 tahun dan mengalami masalah kencing tak lawas. Saya belum membuat pemeriksaan doktor kerana malu. Adakah usia begini dianggap awal untuk mengalami masalah ini? Apakah tip-tip dan pemakanan sesuai untuk menangani masalah ini?

JAWAPAN,

Masalah kencing tak lawas akibat pembesaran kelenjar prostat adalah lazim di kalangan lelaki berusia. Sebenarnya anda tidak keseorangan. Ini kerana pembesaran prostat boleh menjejaskan sehingga 50 peratus kaum lelaki yang berusia 50 tahun dan ke atas. Semakin bertambah usia seseorang lelaki, maka semakin tinggi risiko untuk mendapat masalah seperti ini.

Adalah dicadangkan agar membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan kencing tak lawas yang dialami sememangnya berpunca daripada pembesaran kelenjar prostat yang tidak bersifat kanser. Antara amalan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan ketidakselesaan anda termasuklah:

Hadkan pengambilan minuman waktu malam. Ini dapat membantu mengurangkan kekerapan keperluan ke bilik air pada waktu malam. Ini juga akan membantu mengurangkan gangguan tidur anda.

Kurangkan jumlah penggunaan alkohol dan kafein. Alkohol, kopi, teh, coklat dan minuman ringan mempunyai kesan diuretik yang boleh menambahkan kekerapan buang air kecil.

Gunakan setiap kesempatan untuk ke bilik air. Cuba kosongkan dengan sepenuhnya pundi kencing anda dan elakkan penundaan proses ini kerana ia akan meregangkan pundi kencing.
 
Latihan pundi kencing. Amalan yang tetap dan teratur untuk buang air kecil akan membantu memperbaiki frekuensi dan keinginan kencing yang teruk.

Cuaca dingin atau berada dalam persekitaran sejuk akan meningkatkan frekuensi keinginan untuk kencing. Oleh yang demikian, mengelakkan berada dalam persekitaran sejuk sedikit sebanyak akan melegakan anda.

Makanan tambahan seperti saw palmetto telah lama digunakan oleh jutaan lelaki untuk meringankan gejala kencing akibat pembesaran prostat yang bukan bersifat kanser. Keberkesannya dipercayai kerana kebolehannya merencatkan penukaran testosteron menjadi dihidrotestosteron, hormon yang dikaitkan dengan pertumbuhan tisu prostat. Di samping itu, biji labu juga telah lama digunakan kerana manfaatnya bagi kesihatan prostat. Biji labu yang kaya dengan asid lemak tidak tepu dan kandungan zink yang tinggi membantu kesihatan reproduksi lelaki. Kombinasi suplemen saw palmetto dan biji labu membawa manfaat dalam pengurusan kesihatan prostat.
 
 

Thursday, February 18, 2010

PROSTAT MEMBESAR & KERAP KENCING


Risiko masalah pembesaran prostat boleh meningkat seiring dengan peningkatan usia, yang banyak dikaitkan dengan perubahan hormon.

Biasanya saiz prostat adalah sebesar saiz kacang walnut, namun pembesarannya boleh bermula selepas melewati usia 40-an.

Walaupun ia tidak bersifat kanser, namun kehadirannya menjejaskan kualiti kehidupan apabila seseorang lelaki itu mengalami masalah pembuangan air kencing, seperti kencing semakin kerap atau terpaksa meneran untuk kencing walau ada keinginan untuk kencing.

Apabila keadaan menjadi serius, pengaliran air kencing mungkin tidak terkawal dan sering menitis.

Masalah ini selalunya boleh diringankan (namun bergantung kepada tahap masalah) dengan nutrisi dan herba.

Herba saw palmetto ialah herba yang paling popular digunakan untuk melegakan simptom-simptom yang berkaitan dengan pembesaran prostat.

Saw palmetto mengandungi fitosterol, bahan yang dapat mengawal pertumbuhan sel prostat. Biji labu pula digunakan oleh ahli herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat.

Keberkesanan herba ini adalah disebabkan oleh kandungan asid-asid lemak perlu, zink dan sterol tumbuhannya.

Pengambilan suplemen kombinasi saw palmetto dan biji labu menghasilkan kesan yang lebih baik disebabkan oleh kesan sinergistiknya.

Kekurangan zink juga dikaitkan dengan inflamasi dan pembesaran prostat. Dengan ini, mereka yang mengalami masalah ini juga digalakkan untuk mengambil mineral zink.


MATI PUCUK BOLEH SEBABKAN SERANGAN JANTUNG


KOTA BHARU 15 Ogos - Kaum lelaki yang mula mengalami masalah mati pucuk atau menghadapi masalah ereksi, terdedah dengan serangan penyakit jantung dalam tempoh dua tahun.

Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Datuk Dr. Tan Hui Meng berkata, mati pucuk adalah tanda-tanda awal kepada penyakit jantung kerana saluran darah mula mengecil.

"Kajian sains yang dilakukan mendapati penghidap penyakit ini akan menghadapi masalah jantung kerana dalam tempoh dua tahun itu, saluran darah dalam tubuh badan mula tersumbat dengan kolesterol,'' katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Kesihatan Seks Kedua di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, mereka yang menghadapi masalah mati pucuk perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin daripada pakar perubatan.

Majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Kesihatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (Famous) itu dirasmikan oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan USM, Nik Abdullah Nik Mohamad yang mewakili Pengarah kampus tersebut, Profesor Datuk Mafauzy Mohamad.

Persidangan diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan profesional seperti doktor dan jururawat untuk berhadapan dengan pesakit yang menghadapi masalah seks.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Perunding Kanan Psikiatri, Jabatan Psikiatri Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Hatta Sidi; Ketua Seksyen Perubatan Seks Hospital Universiti Nasional Singapura, Prof. Dr. P Ganesan Adaikan dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Profesor Madya Dr. Shiaful Bahari Ismail.

Dalam pada itu, Hui Meng berkata, kajian terbaru saintis terhadap masalah seks mendapati, 90 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh tahap kesihatan seseorang yang semakin merosot.

Katanya, selain penemuan sekumpulan saintis barat sebelum ini, kajian yang dijalankan beliau sendiri pada tahun 2006 turut mengesahkan punca tersebut.

Selama ini menurutnya, kajian dan teori berkaitan masalah seks menunjukkan 90 peratus masalah itu berpunca daripada cara pemikiran individu terbabit.

"Dalam kajian kesihatan lelaki yang dilakukan di Subang Jaya pada 2006 diketuai saya sendiri, didapati kebanyakan lelaki yang mempunyai masalah seks terdiri daripada mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan.

"Kajian itu juga menunjukkan lelaki di Lembah Klang berhadapan masalah kesihatan yang serius kerana keadaan persekitaran dan pemakanan tidak seimbang," katanya. 
Menurutnya, kajian yang mengatakan masalah seks berpunca daripada cara pemikiran memang benar pada masa dahulu tetapi keadaan sekarang telah mengubahnya.

"Mungkin dulu ia memang benar tetapi kita pada hari ini, kebanyakannya mengamalkan cara hidup yang tidak sihat dan hidup dalam keadaan tertekan setiap hari," katanya.

LELAKI BANYAK PENYAKIT


Susunan : NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

SEJAUH manakah kebenaran pendapat mengatakan wanita kaum yang lemah. Daripada segi fizikal dakwaan ini mungkin benar tetapi tahukah anda ada banyak bukti yang menunjukkan lelaki sebenarnya jauh lebih lemah berbanding wanita terutama dalam aspek kesihatan.

Ini bukan setakat cakap kosong tetapi mempunyai sokongan statistik. Mungkin faktor keturunan dan hormon mempengaruhi beberapa aspek tertentu seperti taburan lemak badan.

Pada lelaki lemak berkumpul di bahagian abdomen (bentuk epal) yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan strok.

Manakala bagi wanita, pengumpulan lemak lebih tertumpu pada punggung dan paha. Walaupun kegemukan atau obesiti bentuk pir juga berbahaya tetapi ia tiada kaitan rapat dengan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian.



Laporan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) 2004 menyenaraikan 10 pembunuh utama lelaki Amerika diterajui penyakit jantung (28.4 peratus), kanser (24.1), kemalangan (5.8), strok (5.2), penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD, 5.1), kencing manis (2.8), influenza dan pneumonia (2.4), bunuh diri (2.1), buah pinggang (1.6) dan penyakit hati kronik (1.5).

Senarionya mungkin berbeza sedikit dengan keadaan di Malaysia tetapi penyakit jantung masih menjadi pembunuh nombor satu negara ini, diikuti kanser. Jumlah pesakit COPD juga dijangka bertambah kerana jumlah perokok di negara kita semakin meningkat. Pesakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berkali ganda jumlahnya.

Malah, berdasarkan maklumat kesihatan Mayo Clinic, tabiat atau gaya hidup lelaki juga menyumbang kepada kematian awal kerana lelaki lebih ramai merokok, minum minuman keras, menyalahguna dadah, terbabit aktiviti seks bebas dan menjadi mat rempit.

Namun satu perkara yang jelas dan nyata, kebanyakan kes kematian awal dapat dielakkan.

Sakit jantung menjadi pembunuh utama rakyat negara ini tetapi lebih banyak kes membabitkan lelaki. Kes sakit jantung di kalangan wanita biasanya hanya berlaku selepas menopaus iaitu 10 hingga 15 tahun lebih lewat berbanding lelaki.

Risiko penyakit jantung boleh dikurangkan dengan amalan gaya hidup sihat, mendapatkan rawatan sewajarnya untuk merendahkan kolesterol, kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pembunuh kedua ialah kanser. Walaupun ada kanser yang tidak diketahui puncanya, kajian menunjukkan rokok boleh menyebabkan banyak jenis kanser terutamanya kanser paru-paru dan mulut. Justeru jalan mudah untuk lebih sihat ialah berhenti merokok.

Angka kematian akibat kemalangan di jalan raya tidak pernah susut. Sedihnya masih ada stigma memandang rendah kepada sikap berhati-hati dan menganggap pemandu perempuan lebih cenderung terbabit dalam kemalangan.

Begitu juga dengan kemalangan di tempat kerja, jenis pekerjaan berbahaya dan berisiko tinggi, terdedah kepada bahan kimia berbahaya serta pencemaran yang kesemuanya berkait rapat dengan lelaki.

Peluang mendapat strok antara lelaki dan perempuan adalah sama. Malah kajian menunjukkan lelaki mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh.

COPD adalah antara penyakit yang dimonopoli lelaki tetapi kini lebih ramai wanita turut berisiko menghidapnya. COPD juga berkait rapat dengan kanser paru-paru kerana kedua-duanya disebabkan tabiat merokok.

Kencing manis dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan sewajarnya. Pada 2002, dianggarkan lebih 34,000 lelaki Amerika mati akibat kencing manis dan kegagalan buah pinggang berfungsi meragut lebih 19,000 nyawa.

Komplikasi kencing manis yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, strok dan penyakit jantung.

Dianggarkan satu pertiga pesakit tidak sedar menghidap kencing manis sehinggalah mengalami kesan penyakit seperti mati pucuk atau disfungsi erektil (ED), kerosakan saraf terutama pada kaki yang menyebabkan kaki selalu rasa kebas, pandangan menjadi kabur dan buah pinggang rosak. 


ADA KETULAN DI KULIT BUAH ZAKAR


Kulit buah zakar unik kerana ia licin dan halus serta mengandungi pepundi apokrin yang menghasilkan pelembap semula jadi. Di bawah kulit pula ada otot tenang atau ‘smooth muscle fibre’ yang boleh mencengkam dan mengecilkan buah zakar.

Apabila salur pundi apokrin tersekat, cecair pelembap terkandas dan berkumpul di dalam, oleh itu ia kelihatan seperti jerawat berwarna kuning yang dikenali sebagai cista epidermoid.

Apabila cista itu pecah, akan terkeluar cecair kekuningan yang memberi bau yang tidak menyenangkan. Ia dikenali sebagai ‘wen’.

Untuk mengelak wujudnya cista epidermoid, bulu roma kerandut jangan dicukur kerana apabila kulit kerandut radang, salur pundi apokrin terkandas dan cista itu akan terbentuk.


2/3 KAUM ADAM OBES



Lelaki, makanlah banyak sayur

Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Adakah ini petanda masanya sudah tiba untuk mereka mengubah tabiat pemakanan?

LELAKI dan wanita sememangnya berbeza. Bukan sahaja dari segi gender, penampilan, perilaku dan reaksi malah, juga dari aspek pemakanan.

Satu kajian baru yang melibatkan lebih 14,000 peserta dari 10 negeri di Amerika mendapati, pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi di kalangan lelaki.

Kaji selidik yang berlangsung menerusi panggilan telefon ini turut mendedahkan wanita mengambil lebih banyak sayuran dan buah-buahan dalam diet mereka.

Piza beku, burger beku dan makanan-makanan Mexico adalah antara makanan pilihan kaum lelaki. Pun begitu, mereka masih cenderung mengambil sayuran seperti asparagus, brussel, kacang pea, kacang tanah dan pucuk-pucuk sayur.

Selain itu, lelaki juga lebih gemar mengambil makanan stik yang tidak masak sepenuhnya, burger dan makanan bertelur. Makanan-makanan ini biasanya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi dan berpotensi membuatkan anda jatuh sakit.

Wanita sebaliknya lebih kerap mengambil tunas-tunas alfalfa mentah yang pernah dikaitkan dengan keracunan makanan kira-kira 15 tahun lalu.

Keprihatinan kaum wanita terhadap kesihatan dengan mengambil makanan yang menyihatkan turut dibuktikan dalam satu kajian baru oleh Yayasan Majlis Maklumat Pemakanan Antarabangsa (IFIC).

Pengambilan makanan sihat bukan hanya untuk mengekalkan tahap kesihatan secara menyeluruh malah bagi memperbaiki rasa kenyang dan keadaan sistem pencernaan mereka.

Menurut Pengarah Kesihatan dan Nutrisi Yayasan IFIC, Wendy Reinhardt Kapsak: "Tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita tentang pandangan terhadap jenis makanan yang diambil. Memang jelas mereka mempunyai tahap keutamaan dan keadaan berbeza yang mempengaruhi tabiat pemakanan dan nutrisi mereka."

Keperluan nutrisi wanita adalah lebih unik dan bukan sahaja berbeza daripada lelaki. Tambahan pula, keadaan ini juga berubah sepanjang kehidupan mereka.

Bermula dari zaman remaja, wanita lebih memberi tumpuan kepada makanan yang kaya dengan kalsium, vitamin D dan menyediakan satu pemahaman asas terhadap pengamalan tabiat yang baik.

Ini kemudiannya berterusan kepada pengambilan antioksida pada usia 20-an dan 30-an sebelum menjadikan kesihatan jantung satu keutamaan sebelum mencecah 40 tahun ke atas.

LELAKI lebih gemar mengambil makanan yang terdedah kepada risiko pencemaran tinggi seperti stik separuh masak dan burger.

Dalam pada itu, seorang pakar diet bertauliah, Dr. Chris Mohr yang telah mengarang ratusan artikel mengenai tahap kecergasan dan nutrisi kaum lelaki berkata: "Saban kali dalam sesuatu masyarakat, kita sering terlebih makan tetapi masih tidak memperoleh nutrisi mencukupi."

"Pengambilan nutrien yang betul sememangnya boleh memberi kesan kepada perasaan, tahap tenaga dan mengurangkan risiko mendapat penyakit sepanjang hidup anda. Berikan perhatian kepada sayuran dan buah-buahan termasuk makanan tinggi serat dan lemak omega-3 adalah penting untuk mengoptimumkan kesihatan dan kecergasan anda."

Sayuran dan buah-buahan mengandungi pelbagai nutrien yang penting untuk badan. Vitamin, mineral, serat dan fitokimia yang mampu membantu mengurangkan risiko pelbagai kanser, penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi.

Jadi, mengapa lelaki memerlukan hidangan sayuran dan buah-buahan yang lebih banyak berbanding golongan Hawa?

* Lebih daripada dua pertiga kaum Adam adalah obes. Malah, lelaki juga mencatatkan kadar kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.

* Lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung mendapat kanser paru-paru, satu kali ganda memperoleh penyakit jantung dan kanser kolorektal.

Oleh itu, biarpun sebab utama lelaki lebih cenderung memakan asparagus berbanding wanita belum dapat dijelaskan, sekurang-kurangnya kajian ini membawa satu mesej penting. Lelaki mungkin perlu mengubah gaya pemakanan mereka mulai hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...